Saturday, April 10, 2010

PERGINYA SEORANG TEMAN....


bagi memperingati seorang sahabat yang telah kembali,
Al-Fatihah....


Oktober11 2009 menjadi saksi pemergian arwah pejal (Mohd Faizal Bin Sahparin). Allayarham menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi Jumaat Oktober11 atas sebab patah bahu & rusuk serta cedera parah dibahagian kepala akibat kemalangan jalanraya sewaktu menjalani tempoh latihan industri. Pemergian beliau amat meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kami. Beliau merupakan sahabat yang amanah, pendiam, disenangi oleh rakan seperjuangan & menghormati kedua ibu bapa serta keluarganya. Allayarham berperwatakan yang mudah difahami dan bijak mengambil hati teman lain.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa
Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang diKau janjikan nikmat
Untuk hambaMu
Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati
Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati.....




PHOTO GALLERY




















pejal, semoga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh....





No comments:

Post a Comment