Saturday, April 10, 2010

RON95 ATAU RON97 SESUAI UNTUK KENDERAAN ANDA?

Kebanyakan kenderaan enjin pembakaran dalaman hari ini menggunakan bahan bakar petrol sebagai penggerak. Petrol ialah campuran cecair bahan api yang diperolehi daripada petroleum yang terdiri terutamanya daripada hidrokarbon alifatik dan ditambah dengan hidrokarbon aromatik seperti toluena, benzena atau iso-oktana untuk meningkatkan penarafan oktana, digunakan secara meluas sebagai bahan api bagi enjin pembakaran dalaman. Formula lazim bagi petrol ialah C8H18. Petrol mengandungi tenaga lebih kurang 34.6 megajoule seliter (MJ/l)


Maksud RON

RON adalah singkatan bagi (RESEARCH OCTANE NUMBER) dimana octane number ataupun octane rating bermaksud ketahanan minyak tersebut sebelum ianya meletup atau dinyalakan di dalam engine anda.

RON berkaitan dengan campuran dua unsur asas iaitu oktana dan pentana yang melengkapkan sifatnya menjadi bahan bakar petrol.

RON97 bermakna minyak ini lebih tinggi ketahanannya berbanding dengan RON95 atau RON92. RON yang tinggi dicipta untuk mengelakan berlakunya nyalaan pramatang dan pada asalnya diciptakan untuk kereta yang berkuasa tinggi seperti kereta-kereta lumba dan sport.

RON95 bermaksud 95 peratus kandungannya adalah oktana dan selebihnya pentana. Begitu juga dengan RON97 iaitu hanya tiga peratus pentana dan selebihnya oktana

RON yang lebih tinggi tidak bermaksud ianya lebih berkuasa. Ia hanya bermaksud minyak itu lebih susah untuk dinyalakan. Dan sebenarnya, setiap enjin sesebuah kereta itu direka dengan minimum oktane ratingnya yang tersendiri.

RON95 adalah petrol tanpa plumbum yang juga disebut
1.petrol premium
2.RON Techron
3.Primax
4.Infiniti


Adakah RON97 lebih baik daripada RON95?

Secara teorinya, ya. tetapi secara paraktiknya, tidak.

Petrol RON95 di stesen A mungkin lebih baik daripada petrol RON97 di stesen B

petrol yang dijual oleh Petronas, Shell, BHP, Esso, Caltex dan Mobil adalah tidak sama. Setiap syarikat mempunyai ramuan tersendiri untuk meningkatkan keupayaan kualiti petrol masing-masing.


OKTANA

Penarafan Oktana : merupakan satu pengukuran anti-letusan suatu petrol atau bahanapi.

Nombor oktana adalah nombor yang memberikan peratusan, di dalam isipadu campuran iso-oktana dan heptana, yang memberikan kapasiti anti-ketukan yang boleh dipertimbangkan.

Sifat : oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran.

Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik

Pentana pula hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.

sifat oktana adalah kemampuannya untuk menahan tekanan dalam kebuk pembakaran. Jadi, dengan enjin yang dicipta untuk pembakaran 95 peratus oktana, memadai kita menggunakan petrol RON95.

jika enjin tersebut dicipta untuk tekanan 97 peratus oktana, maka penggunaan RON95 tidak sesuai. Oktana mempunyai keupayaan mengembangkan tekanan dengan baik, tetapi bukan pentana. Pentana hanya akan melambatkan proses timbal-balik dan di sinilah masalah ketukan berlaku.


KESETABILAN

Apabila petrol dibiarkan selama jangka masa tertentu, mendakan gam dan varnis akan terbentuk dan menggumpal di dalam petrol, menyebabkan "bahan api basi". Ini seterusnya akan menyebabkan mendakan gam di dalam silinder dan juga saluran bahan api, menjadikan enjin sukar dihidupkan.

Gam dan varnis mesti ditanggalkan oleh mekanik profesional untuk memanjangkan jangka hayat enjin.

Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama, penstabil bahan api boleh digunakan, memanjangkan jangka hayat simpanan untuk 1 atau 2 tahun lagi.



PETROL APA YANG SESUAI UNTUK KENDERAAN ANDA?

Pada bahagian dalam plat penutup tangki bahan api kenderaan anda ada menyatakan kenderaan anda sesuai menggunakan petrol jenis yang mana. Kenderaan yang disarankan menggunakan RON95 boleh menggunakan RON97, tetapi kenderaan yang disarankan menggunakan RON97 tidak boleh menggunakan RON95 kerana dikhuatiri akan menyebabkan 'nyalaan sendiri' (self-ignition). Self-ignition akan menghasilkan knocking ketika enjin dihidupkan. Bunyi ketukan.

knocking berlaku kerana pertembungan 2 api dari palam pencucuh dan nyalaan sendiri. Ia akan mennyebabkan gelang piston rosak dan mungkin menyebabkan piston pecah...

tamat post ini....

No comments:

Post a Comment